Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan datang lagi...

Salam buat semua pembaca,

Dalam diam tak diam, tak sangka rupanya blog saya kini berusia 2 tahun. Saya ucapkan terima kasih kepada semua para pembaca yang sudi menjenguk blog saya ini. Mungkin maklumat yang ada di dalam blog ini masih belum lengkap, tapi sedikit sebanyak boleh memberikan informasi kepada kalian semua.

Sebagaimana diperkatakan dahulu, blog ini diasaskan untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Saya hasilkan blog ini atas usaha untuk mempertahankan tradisi yang semakin lama dilupakan. Jadi, ia boleh dijadikan bahan arkib untuk generasi akan datang kelak. Sedikit sebanyak, generasi akan datang masih lagi tahu apa itu berkhatan secara tradisional.

Baiklah, bulan Julai sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bulan hadapan adalah bulan Ogos dan tahun ini Insyallah, kita akan berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, dikesempatan ini saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan musliman, dan semoga amalan ibadat kita diterima oleh Nya.

Blog ini mungkin sedikit kurang aktif dalam 2 bulan ini, kerana saya terpaksa mengehadkan masa menulis saya, dan juga lazim mengetahui sekarang bukanlah musim berkhatan. Jadi, mungkin ada beberapa entri saya akan lampirkan dari laman-laman web lain sebagai rujukan kalian semua.

Saya masih berharap kepada para pembaca yang mempunyai apa sahaja makluman mengenai amalan berkhatan tradisional untuk berkongsi bersama saya. Tidak kira lah amalan masyarakat melayu, Jawa, Bugis atau apa sahaja. Semoga ia bermanfaat untuk generasi akan datang. Baiklah, kita berjumpa dalam entri akan datang, dan anda dialu-alukan untuk "add" Facebook saya di jariemas84@gmail.com.

Kali ini blog saya ditampilkan dengan wajah yang baharu. Sekadar beralih angin dari wajah lama.

jariemas

No comments:

Post a Comment