Friday, May 27, 2011

Cuti sekolah kembali


Salam sejahtera buat semua pembaca...

Sebenarnya saya tak pasti blog yang saya tulis ini mempunyai pembaca ataupun tidak. Jika dilihat dari bilangan pembaca, jumlahnya agak ramai. Tapi dari segi komentar, rasanya macam tiada pula.
Tapi itu semua tidak penting. Sedikit sebanyak apa yang saya tuliskan di dalam blog ini boleh dijadikan "arkib " saya, yang mana dapat saya gunakan untuk pada masa akan datang.

Baiklah para pembaca budiman, agak lama jari jemari saya tidak menaip blog ini. Bukan tidak mahu, cuma agak sibuk dengan urusan kerja. Ada juga yang bertanya, apakah kerjaya saya? Saya ini kerja "makan gaji" sama dengan majoriti masyarakat Malaysia yang lain. Cuma, jika ada kelapangan, saya akan menceburkan diri dalam bidang penulisan buku yang mana sudah sinonim dengan saya sejak saya kecil lagi.

Mungkin pertanyaan diatas lebih bersifat peribadi. Kembali ke topik utama, nampak gaya cuti sekolah sudah bermula. Ya, cuti pertengahan tahun. Lazim mengetahui, apabila cuti menjelma, sudah pastinya akan ada banyak keraian yang dibuat seperti majlis perkahwinan, doa selamat, kenduri arwah, hari ulang tahun serta tidak terkecuali majlis berkhatan.

Jadi, dikesempatan ini saya ucapkan selamat berkhatan buat adik-adik yang akan menempuhnya. Buat ibubapa, jadikanlah ini satu pengalaman menyeronokkan - menjaga anak-anak yang baru berkhatan. Mungkin anda boleh kongsi pengalaman anda melalui blog saya atau di dalam Facebook saya.

Oh yer, ada juga teman-teman blogger bertanya, tidak ada kajian ke untuk cuti kali ini. Jawapan ringkas saya, tiada. Bukan apa, cuti pada bulan Jun ini hanyalah 14 hari. Tidak banyak organisasi yang ingin mengadakan majlis secara besar-besaran. Kebetulan pula, saya mempunyai beberapa undangan kenduri perkahwinan rakan karib yang tidak dapat dielakkan.

Baiklah, buat semua yang bercuti, selamat bercuti!!

jariemas