Informasi mengenai amalan berkhatan Masyarakat Melayu... Add my FB (jariemas84@gmail.com) or join FB group " Sunat Tok Mudim"
Wednesday, April 6, 2011
Lain Orang Lain caranya..
Salam Sejahtera,
Sedar tak sedar sudah masuk bulan April 2011. Ternyata masa berlalu begitu pantas sekali.Oh yer, sekadar berkongsi, saya baru sahaja pulang dari Jogjakarta, Indonesia. Sebenarnya saya pergi melancong bersama rakan-rakan. Semasa dalam perjalanan saya ke Solo, saya ternampak beberapa papan tanda bertulis " Juru Supit Bogem". Mungkin ramai yang tak tahu. Sebenarnya ini adalah panggilan kepada Tok Mudim di Jogja.
Masyarakat Jawa masih lagi berpegang teguh kepada tradisi lama. Perkhidmatan Bong supit masih relevan. Ada ibubapa yang masih mahu anaknya dikhatankan secara tradisional. Saya tak berkesempatan menemuramah juru supit ini atas faktor masa.Cuma sempat melihat beberapa alat khatan ( atau khitan) di muzium Keraton. Jogja. Berkhatan di Indonesia, dasarnya masih sama. Cuma, kaedah lama di sini tidak menggunakan batang pisang, sebaliknya kanak-kanak akan dipangku oleh bapanya semasa proses berkhatan.
Jelas disini, bahawa kaedah berkhatan sebenarnya berbeza mengikut tempatnya. Ada tempat menggunakan batang pisang, ada pula tidak. Setiap tok mudim pun ada caranya tersendiri. Sepanjang kajian, saya sudah bertemu dengan dua orang tok mudim. Ternyata setiap antara mereka ada cara tersendiri. Ada tok mudim yang mengkehendaki kanak-kanak telanjang semasa proses berkhatan, ada pula hanya memakai kain pelikat. Ada juga tok mudim menggunakan cecair bius khas, ada pula yang menggunakan air jampi. Saya pernah mendengar cerita seorang kawan, yang mana beliau dikhatankan di atas tin minyak masak ( dulu kan minyak masak dalam tin). Tok Mudim yang mengkhatankan beliau tidak menggunakan sebarang bius, tetapi menggunakan bacaan tertentu ketika proses berkhatan. Ujar beliau, memang sakit, tetapi sakitnya hanya sekejap. Proses penyembuhan tak sampai pun 10 hari.
Jelas, lain tempat lain caranya. Inilah menjadikan budaya dan adat berkhatan unik sekali. Ada pandangan luar mengatakan bahawa mengkhatankan kanak-kanak adalah penderaan. Tetapi hakikatnya ia bukanlah begitu. Ini kerana budaya berkhatan sebenarnya sudah sebati dalam masyarakat kita. Berkhatan secara tradisional asasnya menjadikan kanak-kanak lebih berani menghadapi ujian pertama mereka, sebelum mereka melangkah ke alam yang lebih mencabar yakni alam dewasa.
Kesimpulannya, masih terlalu banyak lagi perkara yang saya perlu terokai. Saya amat mengalu-alukan kepada para pembaca yang mempunyai pengalaman berkhatan ( terutama dengan Tok Mudim) boleh berkongsi dengan saya. Insyallah, perkongsian ini akan menjadi permulaan bagi kita mengekalkan budaya tradisi turun temurun ini.
jariemas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment