Wednesday, June 30, 2010

Bila paling sesuai berkhatan?



Anda mempunyai anak lelaki? You have son?

Tapi tak tahu bila ia sesuai dikhatan?? Betul tak?

Berkhatan bagi masyarakat melayu merupakan proses wajib sebelum kanak-kanak membesar. Tapi timbul pula soalan, jika kita menjadi ibu dan ayah kepada anak lelaki, bila pula hendaklah jalankan proses tersebut.

Dengan pelbagai cara dan teknik, amalan berkhatan boleh dijalankan dalam pelbagai peringkat usia. Yang muda, yang tua, remaja, kanak-kanak...semua boleh.

Tapi bilakah usia paling sesuai?

Saya klasifikasikan usia kepada 5 tahap:-

1. Bayi (infant) - usia 0 hingga 24 bulan
- Pada masa ini kanak-kanak paling mudah untuk dikhatankan. Kenapa? Ini kerana penjagaan mereka senang, mudah dan cara khatan pun tak serumit mana. Proses berkhatan bagi bayi amat mudah..dan lazimnya menggunakan kaedah dipanggil plasticbel. Berkhatan untuk bayi diamalkan oleh masyarakat Arab dan juga kaum Yahudi.

- Tetapi walaupun berkhatan secara bayi mudah, tetapi saya tidak sarankan kepada anda. Ini kerana anak anda tidak akan merasai pengalaman berkhatan. Mungkin ia juga memberi kesan kepada psikologi anak-anak tersebut terutama di sekolah melihat kawan-kawan yang lain belumberkhatan dan mereka mengalami saat-saat berkhatan dengan cukup indah.

2. Kanak-kanak ( 3-9 tahun)
- Kategori ini adalah saat mencabar buat ibubapa kerana kanak-kanak pada masa ini boleh dikategorikan sebagai lasak. Jika anda ingin mengkhatankan anak pada masa ini, pastikan anda bersedia untuk dikhatankan. Dengan kata lain, jangan cuba menipu dengan membawa mereka ke hospital atau tok mudim.

- Penjagaan anak2 pada masa atau tempoh ini agak sukar sekiranya dia seorang yang lasak atau aktif. Jika anak anda tidak bersedia dikhatan, ia mungkin juga akan memberikan trauma kepada anak anda. Malah, lebih teruk akan menyusahkan tukang khatan bagi menjalankan kerja-kerja mereka.

- selain itu, kanak-kanak pada masa ini tidak tahu kenapa mereka dikhatan. Mungkin mereka hanya berkhatan disebabkan hasutan kawan-kawan atau pujukan ibubapa. Bagi saya, tempoh ini tidak begitu sesuai tetapi ia boleh dilaksanakan sekiranya anak anda bersedia, dan faham kenapa mereka perlu berkhatan.

4. Pra remaja ( 10-13 tahun)

- Saya rasakan inilah tempoh paling baik untuk khatankan anak anda. Kenapa? Kerana pada masa ini anak anda boleh memahami kenapa ia perlu dikhatankan. Anda juga boleh ceritakan kepada anak anda, kenapa dia perlu berkhatan dari sudut agama dan kesihatan. Lebih baik juga anda terangkan proses berkhatan dan kelebihan berkhatan.

- Cuma ada pandangan sesetengah pihak, tempoh ini sudah lewat dan sekiranya tidak dikhatan, kulit akan liat. Mungkin benar dakwaan ini, tapi saya tak pasti kesahihannya.

5. Remaja dan Dewasa ( 14 tahun ke atas)

- Amat jarang dalam masyarakat melayu mengkhatankan anak mereka pada umur begini. Sekiranya ada, mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu. Pada pendapat aku, berkhatan pada masa ini tidak sesuai kerana anak-anak sudah besar. Ia sudah memberikan kesan psikologi kerana kawan-kawan yang lain sudah berkhatan.
- Tetapi ada juga pandangan mengatakan berkhatan sesuai pada masa dewasa kerana penjagaan mudah, tetapi ia juga boleh memberikan komplikasi besar sekiranya zakar terdapat jangkitan.
- Cuma dalam budaya Malaysia, berkhatan dewasa hanya dibuat di klinik-klinik dan melibatkan golongan mualaf ataupun bukan islam sahaja. Selain itu, ia dijalankan secara tertutup dan bukanlah seperti zaman kanak-kanak.


***

Bagaimana nak tentukan anak sesuai dikhatankan atau tidak?

Seorang pakar menyatakan kaedah terbaik ialah membuat pemeriksaan terhadap zakar anak anda. Pastikan glan dan kulup boleh ditarik. Tapi jangan paksa kerana tindakan yang salah boleh mencederakan kulup anak anda.

Semoleknya, biarlah saiz zakar anak besar sedikit. Tujuan utama ialah untuk memudahkan proses berkhatan dijalankan.

Selain pemeriksaan, anda juga hendaklah bertanya kepada anak anda adakah dia bersedia untuk dikhatankan atau tidak. Jangan takutkan anak anda dan berilah sokongan moral kepada dia. Mungkin anda boleh memberikan imbuhan seperti hadiah ke, atau apa sahaja untuk galakan dia untuk berkhatan.

Jelaskan sebab2 kenapa dia perlu berkhatan. Jika nak mudah, anda boleh sertai majlis berkhatan beramai-ramai kerana ia lebih murah dan mudah. Ia juga dapat menghilangkan ketakutan anak anda semasa proses berkhatan di jalankan.

****

Kesimpulan, tiada umur yang betul-betul terbaik untuk seseorang lelaki itu dikhatankan. Terpulanglah kepada ibubapa, bila mereka rasakan waktu sesuai untuk dikhatankan. Sebagai orang dewasa dan matang, seharusnya kita berikan galakan kepada mereka supaya proses berkhatan berjalan dengan lancar dan baik. Topik akan datang, saya akan bincangkan mengenai penjagaan selepas berkhatan.

Oh yer cuti sekolah sudah muncul. Bagi mereka yang akan berkhatan, selamat berkhatan.

Terima kasih.

jariemas

No comments:

Post a Comment