Salam buat para pembaca!
Fuh..sudah lama saya tidak mengemas kini blog ini. Nampak macam usang pula. Apa-apapun terima kasih buat para pembaca. Tak kurang juga ada yang menghantar email, meminta saya menulis. Sedar tak sedar juga ini adalah penulisan pertama saya pada tahun 2012.
Sebenarnya dalam pemikiran saya, banyak yang saya ingin nukilkan disini. Tetapi kekangan masa, dan kemudahan internet membuatkan keinginan itu sedikit terbatut. Tapi saya berbangga blog saya turut menjadi rujukan beberapa pihak yang ingin membuat kajian berkhatan secara tradisional. Untuk makluman umum, saya bukan lah Tok Mudim ya..saya juga tidak dikhatankan dengan mudim. Huhu..jadi saya hanya menggunakan blog ini sebagai medium terbaik dalam berkongsi minat. Siapa tahu, blog ini akan dikekalkan 5-10 tahun akan datang.
Mungkin 5-10 tahun akan datang, kanak-kanak tidak lagi mengenali siapa tok mudim. Mungkin tok mudim pun sudah tidak ada lagi di dunia ini. Jadi blog ini lah dijadikan "muzium" dalam mengekalkan warisan tradisi masyarakat melayu.
Sekali lagi, blog ini dibuat bukanlah bertujuan mengaibkan mana-mana pihak. Atau bercakap mengenai isu berkhatan dari persepsi kesihatan atau agama. Saya suka untuk bercakap dari segi adat dan tradisi. Kajian saya masih terlalu jauh. Terlalu banyak saya ingin teroka, tetapi untuk melakukan itu, saya perlukan masa. Al maklumlah musim berkhatan bukanlah setiap masa.Contohnya budaya berkhatan tradisional di Indonesia. Setiap daerah mempunyai cara tersendiri dalam mengadakan majlis berkhatan. Jika di Filipina pula, lain pula caranya. Begitu juga khatan tradisional di Sabah dan Sarawak. Perkara inilah yang saya lihat satu keunikan tentang amalan yang bermula sejak zaman Nabi Ibrahim lagi.
Oh ya..sekarang sudah mula musim cuti sekolah. Rasanya ada majlis khatan, tapi ia tak lah banyak. Mungkin faktor cuti yang pendek, dan awal tahun. Jadi kepada anak-anak yang akan berkhatan minggu ini, selamat berkhatan!
Baiklah penulisan akan datang menceritakan lebih terperinci mengenai kepelbagaian budaya berkhatan masyarakat dunia dan melayu secara khususnya. Nantikan ia!!
terima kasih.
jariemas
salam . saya ingin mnta bntuan saudara berkaitan tajuk berkhatan kerana saya ditugsankn untuk mbuat research tntang khatan ni . saya mahu tahu apa main ceremony yang ada ketika majlis berkhatan .harap saudara sudi membantu . thanx :)
ReplyDeleteSalam Fiz,
DeleteMaaf baru reply. Saya baru sahaja perasan komen saudara. Begini, saya tak dapat membantu dengan banyak..boleh tak, andai saudara email terus kepada saya (jariemas84@gmail.com), ataupun add FB saya (email yang sama). Insyaallah..saya akan cuba membantu saudara.
Thanks