Tuesday, November 22, 2011

Musim sudah bermula

Assalamualaikum...

Apa khabar para pembaca? Sedikit lewat mengemas kini blog. Takut juga akan digelar blog usang atau berhabuk...ataupun blog hangat-hangat tahi ayam..huhu. Insyaallah..saya akan cuba juga menulis semampu mana, bagi memastikan blog ini sentiasa bernyawa.

Baiklah, seperti sedia maklum, cuti sekolah 2011 kini sudah bermula. Sudah pastinya cuti ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti memberikan faedah seperti bercuti, riadah, gotong royong dan sebagainya. Tidak kurang juga aktiviti kenduri dan majlis diadakan. Saya pasti ada antara adik-adik di luar sana akan dikhatankan, termasuklah sepupu saya yang berada di Seremban.

Ada juga beberapa rakan blogger yang sudah bertanya, adakah saya akan turut serta dalam majlis khatan tahun ini. Entah bagaimana, tahun ini jadual kerja saya agak sibuk. Selain terpaksa menyiapkan beberapa tugasan, masa hujung minggu saya pula penuh dengan aktiviti keluarga dan kawan-kawan. Jadi, saya masih belum pasti adakah benar-benar berkesempatan untuk saya hadiri dan menambahkan lagi ilmu di dada mengenai amalan berkhatan tradisional ataupun tidak. Kebanyakan kenduri berkhatan diadakan di utara semenanjung, jadi agak sukar untuk saya hadir disebabkan kekangan masa yang ada.

Selain itu, saya bercadang juga untuk turut serta melihat kaedah berkhatan secara moden. Bukan apa, sekurang-kurangnya saya dapat juga buat perbandingan dan lampirkan di dalam blog ini. Ada beberapa majlis yang di buat dengan cara tradisional + moden? Macam mana tu? Fahaman saya begini, majlis tersebut diadakan masih mengikut budaya melayu seperti bersiram, berarak, tepung tawar...etc...tetapi kaedahnya moden..iaitu dikhatankan oleh doktor.

Insyaallah..semuanya saya akan kongsikan disini. Jangan risau, blog ini masih ada..dan saya akan cuba pastikan ia sentiasa dikemas kini sepanjang masa. Terima kasih atas sokongan anda semua!

jariemas

No comments:

Post a Comment