Wednesday, November 30, 2011

Perempuan dan Khatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masa untuk mengemaskini blog. Topik kali ini berkaitan dengan perempuan. Eh..jangan salah anggap, bukan cerita pasal kahwin yer..tapi cerita perempuan dan khatan. Saya bukan juga nak cerita amalan berkhatan kaum perempuan. Cuma nak cerita, wajar ke tidak perempuan menjadi tukang khatan bagi kanak-kanak lelaki?

Pasti ada yang kata wajar, tak kisah...ada juga kata tak elok, ataupun tak sesuai. Dalam zaman teknologi sekarang ini, dah ramai perempuan jadi doktor. Malah ada juga yang jadi penolong pegawai perubatan. Tidak hairan, ada sesetengah majlis berkhatan, tukang khatannya adalah perempuan. Persoalan timbul, memang kena ada ke tukang sunat perempuan? Tak cukup ke doktor lelaki atau tok mudim di Malaysia ini? Hehehe..

Pada pandangan saya, tukang khatan perempuan mungkin boleh ada...tapi kalau boleh, biarlah bab khatan2 ini lelaki yang uruskan. Lagipun, kebanyakan orang yang berkhatan adalah kanak-kanak yang baru membesar..ada jugalah aib mereka di situ. Mungkin ada berkata, bagaimana pula dengan perempuan bersalin? Itu sudah kes lain. Bersalin tak sama dengan berkhatan ye.

Jadi, tak jadi masalah kalau ada sukarelawan (kebanyakan pelajar IPT) nak jadi tukang khatan. Tapi biarlah benda-benda diuruskan dengan lelaki. Kanak-kanak yang akan dikhatan akan mengalami sedikit trauma, dan mereka juga sentiasa fikir bukan-bukan. Jadi, lebih molek jika lelaki yang uruskan perkara ini. Lagipula, lelaki yang pernah mengalaminya bukan begitu?

Selain kes tukang sunat perempuan, ada juga bertanya..wajarkah perempuan melihat proses khatan? Pandangan saya begini, kalau tujuan pendidikan, tidak ada masalah. Tapi lebih elok, tak perlulah jadi tontonan umum. Kalau berkhatan cara tradisional, biasanya tok mudim tak benarkan kaum perempuan tengok. Biarlah mereka kendalikan bab-bab masak memasak kat luar nun..hehe. Sama lah macam kes berkhatan kanak-kanak perempuan. Biasanya mak bidan tak benarkan orang luar melihat kecuali kaum perempuan. Tujuannya adalah menjaga aib kanak-kanak tersebut, dan sebagaimana kita tahu, amalan berkhatan adalah petanda mereka sudah dewasa.

Cuma saya pelik, dalam gambar diatas, yang menjadi tukang khatan adalah wanita cantik..hehe. Ini adalah gambar dari filipina. Sebagaimana kita tahu, masyarakat di sana turut melakukan upacara khatan, dan di sana ia lebih terbuka dan dilakukan di dewan orang ramai. Kebanyakan yang mengkhatankan kanak-kanak ini adalah dari sukarelawan, dan kebanyakannya adalah terdiri dari kaum perempuan.

Jadi, bagi saya bukanlah menjadi kesalahan kalau ada perempuan nak menjadi tukang khatan ataupun penonton bagi sesuatu majlis khatan. Yang penting niat kita harus lah ikhlas dan sebagai satu bentuk fardhu kifayah. Harap artikel ini dapat memberikan serba sedikit info untuk anda semua.

jariemas.

Wednesday, November 23, 2011

Berani Bertemu Tok Mudim



Berani bertemu tok mudin


















BALING - Walaupun banyak ibu bapa yang memilih kaedah berkhatan secara moden namun bagi penduduk Kampung Lanai dekat sini lebih selesa menggunakan khidmat tok mudin.

Majlis berkhatan yang berlangsung di Masjid Intan Safinaz, Kampung Lanai merupakan anjuran masjid dan rukun tetangga kampung berkenaan.

Seramai 36 kanak-kanak melibatkan umur empat hingga 10 tahun dikhatankan menggunakan kaedah tradisional seperti duduk di atas batang pisang.

Majlis bertambah meriah apabila kanak-kanak ini turut diarak dan dimandikan sebelum mereka dikhatankan.

Pengerusi Tunas Jiran Rukun Tetangga Kampung Lanai, Mohd Dakroh Yaso berkata, kaedah tradisional tidak sepatutnya dilupakan kerana ia turut mempunyai kelebihan tertentu.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan walaupun kita menawarkan kaedah tradisional.

“Selain itu, kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan ini tidak menunjukkan perasaan gugup mahupun takut,” katanya.

Mohd Dakroh berkata, majlis ini merupakan kali kedua dianjurkan pihak masjid dan rukun tetangga.

Katanya, perarakan kanak-kanak ini membuatkan mereka bertambah bersemangat dan dapat menghilangkan perasaan gemuruh mereka.

“RM60 dikenakan kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyertai majlis ini. Wang berkenaan melibatkan majlis perarakan, kenduri dan wang sagu hati kepada setiap kanak-kanak,” katanya


Sumber : Sinar Harian

jariemas - syabas atas usaha meneruskan tradisi ini...semoga kanak-kanak terlibat cepat sembuh dan selamat meniti alam kedewasaan....

Tuesday, November 22, 2011

Musim sudah bermula

Assalamualaikum...

Apa khabar para pembaca? Sedikit lewat mengemas kini blog. Takut juga akan digelar blog usang atau berhabuk...ataupun blog hangat-hangat tahi ayam..huhu. Insyaallah..saya akan cuba juga menulis semampu mana, bagi memastikan blog ini sentiasa bernyawa.

Baiklah, seperti sedia maklum, cuti sekolah 2011 kini sudah bermula. Sudah pastinya cuti ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti memberikan faedah seperti bercuti, riadah, gotong royong dan sebagainya. Tidak kurang juga aktiviti kenduri dan majlis diadakan. Saya pasti ada antara adik-adik di luar sana akan dikhatankan, termasuklah sepupu saya yang berada di Seremban.

Ada juga beberapa rakan blogger yang sudah bertanya, adakah saya akan turut serta dalam majlis khatan tahun ini. Entah bagaimana, tahun ini jadual kerja saya agak sibuk. Selain terpaksa menyiapkan beberapa tugasan, masa hujung minggu saya pula penuh dengan aktiviti keluarga dan kawan-kawan. Jadi, saya masih belum pasti adakah benar-benar berkesempatan untuk saya hadiri dan menambahkan lagi ilmu di dada mengenai amalan berkhatan tradisional ataupun tidak. Kebanyakan kenduri berkhatan diadakan di utara semenanjung, jadi agak sukar untuk saya hadir disebabkan kekangan masa yang ada.

Selain itu, saya bercadang juga untuk turut serta melihat kaedah berkhatan secara moden. Bukan apa, sekurang-kurangnya saya dapat juga buat perbandingan dan lampirkan di dalam blog ini. Ada beberapa majlis yang di buat dengan cara tradisional + moden? Macam mana tu? Fahaman saya begini, majlis tersebut diadakan masih mengikut budaya melayu seperti bersiram, berarak, tepung tawar...etc...tetapi kaedahnya moden..iaitu dikhatankan oleh doktor.

Insyaallah..semuanya saya akan kongsikan disini. Jangan risau, blog ini masih ada..dan saya akan cuba pastikan ia sentiasa dikemas kini sepanjang masa. Terima kasih atas sokongan anda semua!

jariemas