Thursday, October 20, 2011

Kelebihan Khatan

Kelebihan Khatan

Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai iklim yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai ‘smegma’. Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang. Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar seperti phimosis, paraphimosis atau balanitis. Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil.

Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan.

Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.

Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan. Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.

Para peserta khatan yang terlah di'khatan'kan

Pada 28 Mac 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi, ‘kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri. Seeloknya, berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah’. Berkhatan juga telah mula diamalkan di negara yang berisiko tinggi akan jangkitan HIV seperti di beberapa buah negara di benua Afrika.

Sumber :http://mdspsjaipp.wordpress.com/2010/11/22/khatan-tradisional-mdsps-2010/

jariemas84

Berkongsi Ilmu


Salam sejahtera kepada semua pembaca...

Sudah masuk dua bulan saya tidak mengemaskini blog saya. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk pastikan blog ini tidak ditelan arus begitu sahaja...insyaallah. Baiklah..sekarang sudah masuk bulan Oktober 2011..kalau tak salah saya, blog ini secara rasmi sudah 2 tahun ditubuhkan. Memang rasanya macam sekejap sahaja...pejam celik, rupanya dah 2 tahun.

Dikesempatan ini, saya ucapkan terima kasih daun keladi kepada mereka yang datang singgah dan membaca blog ini. Secara kasar, apa yang saya tulis di dalam blog ini adalah dari pandangan saya sendiri. Ia bukanlah hasil tulisan orang profesional ataupun pakar. Jadi, saya hanya tulis berdasarkan apa saya dengar, baca, lihat dan rasa .....

Saya mendapat beberapa email dari rakan-rakan bukan melayu yang ingin mengetahui mengenai berkhatan. Terima kasih. Mungkin ini juga cara terbaik untuk saya memaklumkan kepada rakan-rakan 1 Malaysia yang lain mengenai kelebihan berkhatan. Insyaallah, saya akan cuba tuliskan beberapa artikel ringkas mengenai adat berkhatan, kelebihan dan pandangan saya mengenai berkhatan di dalam bahasa inggeris pula.

Jadi, blog yang saya tuliskan ini bertujuan untuk pendidikan dan rujukan. Mungkin ada yang kurang selesa, tulisan saya sedikit sensitif...tapi saya rasa ramai pembaca di sana sudah maklum..ia hanyalah bertujuan untuk memberikan pendidikan dan informasi kepada umum.

Insyaallah...bulan November dan Disember sudah mula tiba. Jika ada para pembaca yang ingin berkongsi mengenai majlis berkhatan disini...amatlah dialu-alukan.

jariemas84