Sunday, August 26, 2012

Tok mudim Indonesia???

Salam para pembaca.

Sila baca link berikut.

Saya sebenarnya ingin membuat sedikit pembetulan mengenai artikel yang dikeluarkan oleh News Hub ini. Apabila saya membuat carian Google "Mudim" maka artikel ini banyak dikeluarkan dan dikongsi oleh kebanyakan blogger.

Untuk makluman, artikel dan gambar ini adalah pembantu perubatan di Filipina. Di Filipina, budaya berkhatan telah bermula sejak dari dahulu lagi,  ia digelar "pagtuli" dalam bahasa Tagalog. Secara tradisional, kanak-kanak dikhatakan oleh seorang Mudim ( lukaw). Prosesnya agak rumit, banyak pendarahan dan sama seperti kaedah tradisional melayu - tidak menggunakan sebarang bentuk pelali.

Tradisi berkhatan di Filipina, sama seperti di Malaysia, yang mana kaedah moden mendominasi pada masa kini. Banyak pasukan perubatan sukarela yang datang ke kampung-kampung dan melakukan program berkhatan secara percuma. Dan kebanyakan aktivis sukarela ini adalah terdiri dari gadis-gadis muda (pelajar univesiti tempatan).

Jika di Indonesia, program berkhatan lazimnya dilakukan oleh doktor/ pelatih perubatan lelaki. Sama seperti apa yang pernah saya tulis dahulu, berkhatan ini melibatkan aib kanak-kanak tersebut, maka di kebanyakan negara Islam, berkhatan dilakukan oleh doktor lelaki. Cuma di Filipina, mereka dikhatankan oleh pelatih perubatan sukarela dan saya pernah melihat di dalam beberapa video - kaedah digunakan kurang bersih, termasuklah juga tempat dikhatankan.

Dan tidak seperti di Malaysia, amalan berkhatan di Filipina adalah disebabkan budaya, bukan atas faktor agama. Kaedah digunakan pula ialah kaedah dorsal slit yang biasa dilakukan oleh kebanyakan doktor pelatih klinik kerajaan di Malaysia.

Jadi, diharap fakta ini diperbetulkan oleh beberapa pihak bagi mengelak salah faham Tidak dinafikan muka gadis - gadis Filipina tak ubah seperti muka Melayu @ Indonesia, maka fakta ini disalah ertikan. Harap informasi ini dapat membantu anda semua.

Jariemas.

Thursday, August 23, 2012

Video :Adat berkhatan - Muzium Jelebu

Salam sejahtera,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir batin. Buat para pembaca jangan risau, blog ini masih ada. Saya masih membalas komen-komen dan email dari anda, cuma mungkin bukan musim berkhatan. Betul tak?

Saya nak kongsi video berkhatan yang dibuat oleh pelajar UKM, tentang adat berkhatan yang dianjurkan di Muzium Adat Negeri Sembilan. Saya pernah ke sana, dan ini antara muzium terbaik di Malaysia. Mungkin lokasinya agak tersorok (di Kuala Klawang) menyebabkan ramai yang tak tahu akan kewujudan muzium ini.

Dalam video ini, menerangkan serba ringkas adat berkhatan masyarakat melayu. Cuma kaedah dilakukan secara moden. Mungkin selepas ini, team ini boleh buat kajian atau video mengenai kaedah tradisional pula ( seperti berendam, berarak, upacara suap, dan sebagainya).

Apa-apapun usaha generasi muda dalam menghasilkan video begini, harusnya dipuji.

Saya link kan untuk tatapan anda. Insyaallah, selepas ini akan ada banyak video dikongsi untuk anda semua.

jariemas