Monday, October 4, 2010

antara agama,budaya dan kesihatan

Salam sejahtera,

Lazimnya amalan berkhatan sudah menjadi darah daging bagi masyarakat melayu. Malah, setiap kanak-kanak memang wajib dikhatankan apabila cukup masa. Berbeza dengan sesetengah masyarakat di negara lain, ada menganggap berkhatan ( terutama ke atas kanak-kanak) adalah satu bentuk penderaan atau nama lainnya " Child Abuse".

Kesihatan :-

Umum mengetahui akan kebaikan amalan berkhatan. Sememangnya berkhatan dapat menghindarkan pelbagai jenis penyakit kelamin termasuklah AIDS. Apabila seseorang itu berkhatan, keadaan zakar akan terdedah dan mudah dibersihkan. Selain itu, ia juga memberikan kelebihan kepada pasangan yang sudah berkahwin.

Di barat, amalan berkhatan dilakukan atas dasar kesihatan dan kebersihan. Ada juga berkhatan sekiranya keadaan zakar dalam keadaan tidak sempurna ( phimosis) . Amalan berkhatan ini juga sudah mendapat tempat di kalangan bukan islam di Malaysia. Ada klinik-klinik bukan islam menawarkan perkhidmatan berkhatan dan alasan mereka, sudah tentunya sebab kesihatan.

Budaya:-

Tidak dinafikan budaya juga antara sebab mengapa seseorang itu berkhatan. Buktinya di Afrika, kebanyakan lelaki akan berkhatan. Ini kerana amalan tersebut sudah menjadi budaya bagi mereka. Kanak-kanak lelaki akan dikhatankan dalam sekitar umur mereka 12-18 tahun.

Amalan ini telah menjadi tradisi sejak dahulu lagi. Selain afrika, masyarakat Filipina juga turut berkhatan. Walaupun majoriti mereka beragama kristian, amalan berkhatan dijalankan atas dasar budaya yang mereka amalkan sejak turun temurun.

Sama seperti masyarakat melayu, amalan berkhatan dijalankan sejak dari dahulu lagi. Peranan tukang sunat ( dukun sunat) amat penting. Di Filipina dan Afrika, mereka juga turut mengamalkan berkhatan secara tradisional. Malah kaedah mereka lakukan jauh lebih "teruk" berbanding mudim dalam masyarakat melayu. Kenapa? Disebabkan kaedah tradisional mereka lakukan kurang bersih, dan mereka lakukan proses tersebut di kawasan terbuka, bukan di dalam rumah.

Agama:-

Dalam dunia ini, dua agama mewajibkan amalan berkhatan. Islam dan Yahudi. Di yahudi, mereka akan mengkhatankan bayi yang baru lahir sebagaimana dalam ajaran mereka. Begitu juga dengan islam.

Tidak hairanlah, masyarakat melayu berkhatan atas dasar agama. Ini kerana Islam sudah menjadi tunjang bagi masyarakat melayu. Begitu juga di negara-negara arab seperti Turkey, Mesir dan Arab Saudi menjadikan amalan berkhatan ini atas dasar agama.

Sememangnya ada pelbagai sebab mengapa seseorang itu berkhatan. Kini, pelbagai kaedah berkhatan boleh diaplikasi. Sama ada murah, mahal, mudah, fleksible dan bersih. Saya ada tambahkan beberapa link kaedah berkhatan untuk panduan anda.

jariemas