Cuti sekolah 2015
Sudah bermula musim sembelih anu, atau sinonim digelar berkhatan dalam masyarakat melayu. Sedar atau tidak, majlis berkhatan ini juga menjadi tali pengerat hubungan silaturahim antara keluarga, sahabat handai dan masyarakat.
Sekilas berkhatan 2015 (tradisional)
Berkhatan di Kampung Yan : Sumber - Blog Alharis
Ramai tidak tahu, masyarakat melayu di belah utara masih lagi percaya berkhatan seharusnya dilaksanakan oleh Tok Mudim. Ada banyak program khatan dijalankan oleh masjid, madrasah, badan politik yang menggunakan khidmat Tok Mudim. Ia juga memberi lampu hijau bahawa khidmat Tok Mudim bukan seperti saudagar senja seperti tanggapan sesetengah orang.
Percaya atau tidak, kaedah tradisional ini juga ada kelebihannya. Di harap, program seperti ini diteruskan tahun demi tahun, dan dapat juga diwarisi kepada generasi akan datang. Bagi mereka yang merancang nak mengkhatankan anak dengan khidmat tok mudim atau cara tradisional, boleh lah email kepada saya. Insyaallah saya cuba bantu.
Terima kasih
jariemas
Informasi mengenai amalan berkhatan Masyarakat Melayu... Add my FB (jariemas84@gmail.com) or join FB group " Sunat Tok Mudim"
Monday, November 30, 2015
Sunday, October 18, 2015
Circumcision ( Malay) - traditional method
Thanks for up loader, hope it can be reference for those who want to study on circumcision using traditional method. For Malay, we use banana trunk as "operation table". No anesthetic.
# Source - Youtube
Monday, March 9, 2015
Sunat Tradisional - Indonesia
Salam 2015
Alhamdulillah blog ini masih aktif. Sekadar berkongsi satu video yang memaparkan kaedah berkhatan cara tradisional di Indonesia. Dikatakan tanpa bius, dan hanya memerlukan 3 minit sahaja. Di Indonesia, sama seperti Malaysia, cara tradisional agak kurang mendapat sambutan. Namun bagi sesetengah penduduk yang masih berpegang kepada adat, mereka percaya kaedah tradisional adalah antara yang terbaik buat mereka.
Selamat menonton
Thursday, September 5, 2013
Traditional circumcision in Malaysia (video)
Dokumentari Majalah 3, mengenai amalan berkhatan secara tradisional di Batu Kurau, Perak. Ia menjelaskan secara terperinci mengenai amalan tradisi ini, dan bagi saya, ia adalah satu dokumentasi yang cukup membanggakan. Mungkin pada pandangan sesetengah pihak melihat ia seperti mundur atau terkebelakang, tapi percayalah, ia juga menjadi satu bentuk warisan pada kelasnya yang tersendiri.
Malay Documentary about traditional circumcision in Perak Malaysia. Most of Malay boys will go for this tradition during 7-12 years old. This method using banana trunk, split and knife, and normally did without anesthetic. However, not many Malay boy now undergo this process. Most of parents prefer to circumcise their son with modern method (such as clamp & laser). This documentary came with English subtitle.
(source/sumber : Youtube)
Friday, July 12, 2013
Salam Ramadhan 2013
Selamat berpuasa! Salam ramadan buat semua!
Semoga anda semua memanfaatkan bulan mulia ini!!
~jari emas~
Sunday, June 9, 2013
Hantu Tok Mudim - Filem
Hello...! Lama tak menulis ye! Jangan risau, saya masih lagi mampu nak mengemas kini, cuma sekarang agak sibuk dengan beberapa urusan peribadi.
sebenarnya saya baru terlihat satu trailer filem berjudul " hantu tok mudim".. nampak semua filem seram komedi, dan dilakonkan oleh Izzue Islam, AR badul & Harun Salim Bachik. Hehehe... gambaran tok mudim sebagai hantu, satu idea menarik!
Apa-apapun zaman sekarang tak ramai dah yang pakai tok mudim... so, dengan lahirnya filem ini, sedikit sebanyak memberi gambaran kepada masyarakat bahawa tok mudim adalah salah seorang insan yang diperlukan dalam masyarakat. Good luck!
Tuesday, April 23, 2013
Musim pilihanraya
Musim pilihanraya sudah bermula!!
Ohhh...lama juga tidak update mengenai blog ini. Harap masih ada sudi membaca.
Sebagaimana kita maklum, 5 Mei 2013 merupakan tarikh pilihanraya. Jadi...saya nak ucapkan selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak!
Jariemas
Ohhh...lama juga tidak update mengenai blog ini. Harap masih ada sudi membaca.
Sebagaimana kita maklum, 5 Mei 2013 merupakan tarikh pilihanraya. Jadi...saya nak ucapkan selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak!
Jariemas
Subscribe to:
Posts (Atom)
