Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Hantu Tok Mudim - Filem



Hello...! Lama tak menulis ye! Jangan risau, saya masih lagi mampu nak mengemas kini, cuma sekarang agak sibuk dengan beberapa urusan peribadi.

sebenarnya saya baru terlihat satu trailer filem berjudul " hantu tok mudim".. nampak semua filem seram komedi, dan dilakonkan oleh Izzue Islam, AR badul & Harun Salim Bachik. Hehehe... gambaran tok mudim sebagai hantu, satu idea menarik!

Apa-apapun zaman sekarang tak ramai dah yang pakai tok mudim... so, dengan lahirnya filem ini, sedikit sebanyak memberi gambaran kepada masyarakat bahawa tok mudim adalah salah seorang insan yang diperlukan dalam masyarakat. Good luck!

Monday, November 12, 2012

Musim berkhatan kembali

Salam semua,

Dalam sedar tak sedar...sudah hampir 4 tahun blog ini ditulis. Terima kasih kerana membaca, dan memberikan pandangan terhadap blog ini.

Musim berkhatan atau bersunat kembali lagi. Sudah pasti ramai ibubapa sibuk memikirkan kaedah dan cara terbaik untuk mengkhatankan anak mereka. Apa cara sekali pun, nasihat saya, kebersihan haruslah diutamakan. Al-maklumlah...jangkitan boleh berlaku bila - bila masa.

Walaupun ada bermacam kaedah moden pada masa kini, saya yakin kaedah lama masih lagi praktikal. Di beberapa kawasan kampung di utara dan pantai timur tanah air masih lagi mengamalkan kaedah secara tradisional. Walaupun ada menggangap ia adalah kolot, tapi bagi saya ia adalah langkah terbaik dalam mengekalkan cara tradisi.

Kaedah lama ini ada kelebihannya. Ada keunikan dan keistimewaannya. Kalau nak tahu lebih lanjut, nantikan penulisan saya semasa saya menemuramah anak seorang mudim terkenal dari Batu kurau Perak. Beliau telah bercerita pengalaman ringkasnya menjadi pembantu kepada arwah ayahnya semasa melakukan kerja-kerja berkhatan. Insyaallah..saya akan tulis pada penulisan akan datang.

Buat adik-adik yang akan berkhatan..selamat berkhatan! Saya titipkan video Majlis berkhatan dari Kampar Perak.

jariemas

Sunday, August 26, 2012

Tok mudim Indonesia???

Salam para pembaca.

Sila baca link berikut.

Saya sebenarnya ingin membuat sedikit pembetulan mengenai artikel yang dikeluarkan oleh News Hub ini. Apabila saya membuat carian Google "Mudim" maka artikel ini banyak dikeluarkan dan dikongsi oleh kebanyakan blogger.

Untuk makluman, artikel dan gambar ini adalah pembantu perubatan di Filipina. Di Filipina, budaya berkhatan telah bermula sejak dari dahulu lagi,  ia digelar "pagtuli" dalam bahasa Tagalog. Secara tradisional, kanak-kanak dikhatakan oleh seorang Mudim ( lukaw). Prosesnya agak rumit, banyak pendarahan dan sama seperti kaedah tradisional melayu - tidak menggunakan sebarang bentuk pelali.

Tradisi berkhatan di Filipina, sama seperti di Malaysia, yang mana kaedah moden mendominasi pada masa kini. Banyak pasukan perubatan sukarela yang datang ke kampung-kampung dan melakukan program berkhatan secara percuma. Dan kebanyakan aktivis sukarela ini adalah terdiri dari gadis-gadis muda (pelajar univesiti tempatan).

Jika di Indonesia, program berkhatan lazimnya dilakukan oleh doktor/ pelatih perubatan lelaki. Sama seperti apa yang pernah saya tulis dahulu, berkhatan ini melibatkan aib kanak-kanak tersebut, maka di kebanyakan negara Islam, berkhatan dilakukan oleh doktor lelaki. Cuma di Filipina, mereka dikhatankan oleh pelatih perubatan sukarela dan saya pernah melihat di dalam beberapa video - kaedah digunakan kurang bersih, termasuklah juga tempat dikhatankan.

Dan tidak seperti di Malaysia, amalan berkhatan di Filipina adalah disebabkan budaya, bukan atas faktor agama. Kaedah digunakan pula ialah kaedah dorsal slit yang biasa dilakukan oleh kebanyakan doktor pelatih klinik kerajaan di Malaysia.

Jadi, diharap fakta ini diperbetulkan oleh beberapa pihak bagi mengelak salah faham Tidak dinafikan muka gadis - gadis Filipina tak ubah seperti muka Melayu @ Indonesia, maka fakta ini disalah ertikan. Harap informasi ini dapat membantu anda semua.

Jariemas.

Thursday, December 29, 2011

Kecuaian - harap tak berulang lagi....

JITRA – Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.

Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.

“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.

“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.

Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.

Sumber : Metro Online


jariemas : Tidak dinafikan sebagai manusia, kadangkala memang tidak dapat elak dari buat silap. Kalau tak salah saya, kes ini masih tidak menjadi masalah utama kerana Kanak-kanak tersebut masih boleh hidup seperti lelaki normal. Apa-apapun, saya doakan mereka berdua cepat sembuh, dan bersedia untuk dikhatankan tuk kali kedua.

Pelik tapi benar, saya tak pernah lagi lihat kes-kes sebegini terjadi sekiranya anak-anak dikhatankan oleh Tok Mudim. Petuanya?? Tok mudim biasanya orang yang memang pakar, sebab itulah kebanyakan Tok Mudim dah veteran...hehe.

jariemas..

Tuesday, December 6, 2011

Naik rakit sebelum berkhatan

LUBUK MERBAU - Seramai 28 kanak-kanak berumur tujuh sehingga sembilan tahun diraikan dengan menaiki dua rakit di Sungai Nami pada Program Khatan Beramai-ramai di Dewan Merbau Muda, Felda Lubuk Merbau, di sini.

Program anjuran cawangan Umno dan Pemuda Umno Cawangan Felda Lubuk Merbau itu turut mendapat kerjasama daripada pihak homestay di situ, Jungle Resort Nami yang menyumbang dua rakit.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Lubuk Merbau, Shareezam Saad, 36, berkata, idea meraikan kanak-kanak dengan menaiki rakit datang daripada golongan belia yang cuba mengadakan kelainan, selain mahu mengurangkan rasa takut peserta sebelum upacara khatan tradisional.

“Syukur akhirnya program ini berjaya diadakan dan paling penting semangat serta permuafakatan yang ingin dijalinkan oleh kami di kala-ngan penduduk Felda Lubuk Merbau membuahkan hasil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Felda Lubuk Merbau, Mohd Mokhtar Razali berkata, pihaknya sentiasa menyokong program yang telah dianjurkan sebanyak dua kali oleh golongan muda dan berharap ia akan diteruskan pada masa hadapan.

Menurutnya, pemilihan khatan secara tradisional bertujuan untuk mengekalkan tradisi lama walaupun Tok Mudim kini sudah turut mengaplikasikan cara moden dalam upacara khatan tradisional.

“Kini walaupun cara yang digunakan masih tradisional, tetapi ubat-ubatan daripada hospital digunakan oleh Tok Mudin. Cara tradisional itulah yang kita mahu kekalkan,” katanya.

Menurutnya, budaya bergotong-royong semasa program tersebut berlangsung dapat dilihat dan dia percaya budaya berkenaan akan pupus sekiranya tidak ada usaha untuk mengekalkannya.

sumber : Sinar Harian - Edisi Utara

Komentar:
Tahniah! Teruskan usaha dalam mengekalkan lagi warisan budaya melayu. Semoga ia menjadi kenangan sehingga ke anak cucu.