Showing posts with label nukilan penulis. Show all posts
Showing posts with label nukilan penulis. Show all posts

Saturday, October 7, 2017

Bila paling sesuai untuk berkhatan?

As Salam semua

Dah lama saya tak kembali menulis blog ini? Ada juga yang email secara peribadi bertanyakan mengenai beberapa perkara berkaitan berkhatan. Ingin saya jelaskan disini, saya bukan TOK MUDIM. Saya juga bukan Doktor, Saya tidak ada sebarang kelulusan untuk khatankan orang.

Koleksi peribadi
Tapi kalau nak minta nasihat saya, insyaallah saya boleh beri. Terpulang pada anda, mana yang baik untuk anak anda. Ok penulisan kali ini mengenai pandangan saya usia terbaik untuk berkhatan. Saya pernah menulis (copy paste) artikel dalam penulisan Bahasa Inggeris. Kali ini saya nak menulis di dalam Bahasa Malaysia, mungkin ia juga boleh menjadi panduan buat semua.

Pengenalan:

Tidak dinafikan, saat berkhatan adalah saat paling trauma bagi kaum lelaki Muslim. Apa tidaknya, nak berhadapan dengan kesakitan, sakit bukan semasa berkhatan, tapi selepas berkhatan. Berkain pelikat, berpantang, dan macam-macam lagi. Mungkin ada dalam kalangan ibubapa sudah berfikir waktu sesuai untuk khatankan anak mereka. Budaya masyarakat Melayu, zaman 60an dahulu, rata-rata berkhatan ketika usia 12 tahun ke atas. Kiranya dalam proses akil baligh.

Berbeza pada zaman saya, rata-rata berkhatan sekitar usia 10-12 tahun. Zaman tengah gila main bola sepak dan kejar-kejar. Sekitar tahun 2010 ke atas banyak ibubapa mengkhatankan anak mereka dalam usia 7-9 tahun, dan ada juga dah khatankan anak mereka sekitar 5-6 tahun (masa tadika).

Penulisan saya lebih berkisar pandangan peribadi. Jadi, anda sebagai ibubapa boleh memilih usia mana terbaik untuk khatankan anak anda. Jadi, ambil sahaja lah panduan, mungkin boleh digunakan dalam perbincangan anda.

Usia bayi (0-2 tahun)



Usia ini adalah paling popular dalam kalangan masyarakat arab. Berkhatan semasa bayi dikatakan paling senang dari penjagaannya. Malah, ia juga dapat mengelakkan trauma effect yang lazimnya berlaku ke atas kanak-kanak

Tidak semua hospital/klinik menyediakan perkhidmatan khatan ke atas bayi. Harganya juga lebih mahal sedikit berbanding kaedah normal. Kaedah tradisional? Kalau ikutkan memang tidak ada. Susah kecuali kaedah tradisional yang dilakukan oleh orang Yahudi. Sekadar berkongsi, masyarakat Yahudi memang khatakan anak mereka semasa bayi. Ia dilakukan oleh "Mohel" dan kaedah ia digunakan tanpa bius.

Contra pada usia ini - kalau tanya saya, hilang satu pengalaman mengenai berkhatan. Dah tau, besar-besar dah pun bersunat. Huhu. Mungkin ia bagus dari penjagaan, tapi pengalaman berpantang, dapat duit, kenduri semua itu tidak ada (sebab tak ingat kerana kita masih bayi). Saya rasa amalan ini sesuai dilakukan sekiranya anak/bayi tersebut mempunyai masalah dari segi saluran kencing.

Usia Kanak-kanak (3-6 tahun)

Sumber : Google

Waktu ini adalah waktu zaman kanak-kanak sedang nakal dan aktif. Masa ini masih lagi "hijau". Kebanyakan tukang khatan tidak mencadangkan masa ini. Kenapa? Kerana masa ini kanak-kanak masih belum mengerti kenapa mereka perlu dikhatan, dan ia boleh menimbulkan trauma kepada kanak-kanak tersebut.

Kebanyakan kanak-kanak pada usia ini akan sukar memberikan kerjasama, dan disebabkan itu, cara "paksaan" diberikan untuk dikhatankan. Usia ini baik / boleh dilakukan sekiranya anak anda bukan jenis aktif, atau senang berikan kerjasama. Dari segi penjagaan, sedikit mencabar kerana usia ini anak-anak sudah mula aktif. Tapi kebaikannya, boleh dilakukan diluar cuti sekolah kerana anak-anak masih belum sekolah.

Usia kanak-kanak (7-10 tahun)

Sumber : RCT Sunathrone

Usia ini adalah yang paling popular pada masa sekarang. Kanak-kanak masa kini sudah sedikit matang dan faham kenapa mereka perlu berkhatan. Namun tidak semua begitu. Jika jenis manja atau tidak faham, mereka juga sukar untuk berikan kerjasama yang baik.

Kaedah tradisional paling ideal pada usia begini. Disebabkan saiz "punai" ideal, dan mudah untuk dikhatankan.  Dari segi penjagaan juga lebih mudah kerana kanak-kanak masa usia begini jenis tak cerewet bab makan. Namun disebabkan kanak-kanak usia begini sudah memulakan alam persekolahan, ia perlu dilakukan ketika cuti sekolah. Menariknya, ibubapa boleh buat kenduri atau program khatan beramai-ramai.

Usia kanak-kanak (11-12 tahun)

Sumber : Google/Kaedah tradisional 90an

Usia ini popular ketika zaman 90an. Paling popular darjah 5 (11 tahun). Sebab usia itu masih belum hadapi UPSR, dan masih mentah. Usia ini masih lagi relevan cuma mungkin tak ramai dah buat kerana majoriti berkhatan lagi muda dari sebelumnya. Tidak menjadi masalah untuk berkhatan pada usia ini kerana kanak-kanak akan lebih faham kenapa mereka perlu berkhatan dan lagi mudah untuk berkerja sama.

Usia ini juga adalah usia peralihan kepada lebih matang. Kanak-kanak berkhatan pada usia ini akan lebih faham dari segi penjagaan selepas berkhatan. Kaedah tradisional juga sesuai dibuat waktu ini kerana kanak-kanak lebih mudah beri kerjasama, dan boleh menahan sakit (sebab kaedah tradisional tidak ada bius). Tapi dalam masa kini, kebanyakan kanak-kanak dikhatankan sekitar usia begini mungkin trauma ketika berkhatan awal, kes kulup tak habis atau "buta".

Usia remaja (13-18 tahun)



Amat jarang sekali dibuat di Malaysia. Jika dibuat mungkin lebih tertutup. Amalan ini sebenarnya popular di Afrika. Jika ditanya saya, usia ini tidak begitu sesuai. Dua faktor - kerana sudah akil baligh, dan saiz "punai" besar dan menyukarkan proses penyembuhan.

Ada kes selepas berkhatan, remaja perlu mengelakkan punai menegang, jika tidak ia akan menyakitkan dan lambat proses sembuh. Tapi dah alam remaja, boleh elak dari anu kita tak tegang..betul tak?

Usia dewasa 

 

Ini popular bagi masyarakat bukan islam. Saya pernah kenal kawan-kawan cina saya yang turut bersunat selepas usia dewasa. Khatan dewasa lebih tertutup, dan privasi. Ada yang berkhatan disebabkan masuk islam dan ada berkhatan atas faktor kebersihan.

Kaedah digunakan juga berbeza, dan kaedah tradisional masih boleh dilakukan ke atas orang dewasa. Dari segi penyembuhan dan pantang larang lebih mudah kerana tuan badan lebih faham dari penjagaannya. Saya pernah menjaga kawan saya cina yang ingin berkhatan, sedikit sukar dan proses berjalan lebih mudah. Tapi pada usia begini, mereka perlu mengambil cuti rehat sekitar 1-2 minggu, mungkin tidak semua majikan membenarkan mereka bercuti sebegitu lama.

***

Kesimpulan - secara umum, usia bukan penghalang untuk berkhatan. Ada mereka berkhatan selepas usia 60 tahun. Jadi, berkhatan memang terbukti baik dari segi kesihatan dan kebersihan. Sebagai ibu bapa, adalah hak anda untuk tentukan bila untuk khatankan anak anda. Fikirkan juga masa depan dia, pengalaman dia dan juga jadikan berkhatan satu memori yang cukup indah buat anak anda.

Cuti sekolah 2017 akan bermula nanti.. Insyaallah saya akan ke Kedah dan buat sedikit temuramah bersama seorang Tok Mudim di sana.

#usiaberkhatan #berkhatan #bayi
jariemas

Sunday, August 26, 2012

Tok mudim Indonesia???

Salam para pembaca.

Sila baca link berikut.

Saya sebenarnya ingin membuat sedikit pembetulan mengenai artikel yang dikeluarkan oleh News Hub ini. Apabila saya membuat carian Google "Mudim" maka artikel ini banyak dikeluarkan dan dikongsi oleh kebanyakan blogger.

Untuk makluman, artikel dan gambar ini adalah pembantu perubatan di Filipina. Di Filipina, budaya berkhatan telah bermula sejak dari dahulu lagi,  ia digelar "pagtuli" dalam bahasa Tagalog. Secara tradisional, kanak-kanak dikhatakan oleh seorang Mudim ( lukaw). Prosesnya agak rumit, banyak pendarahan dan sama seperti kaedah tradisional melayu - tidak menggunakan sebarang bentuk pelali.

Tradisi berkhatan di Filipina, sama seperti di Malaysia, yang mana kaedah moden mendominasi pada masa kini. Banyak pasukan perubatan sukarela yang datang ke kampung-kampung dan melakukan program berkhatan secara percuma. Dan kebanyakan aktivis sukarela ini adalah terdiri dari gadis-gadis muda (pelajar univesiti tempatan).

Jika di Indonesia, program berkhatan lazimnya dilakukan oleh doktor/ pelatih perubatan lelaki. Sama seperti apa yang pernah saya tulis dahulu, berkhatan ini melibatkan aib kanak-kanak tersebut, maka di kebanyakan negara Islam, berkhatan dilakukan oleh doktor lelaki. Cuma di Filipina, mereka dikhatankan oleh pelatih perubatan sukarela dan saya pernah melihat di dalam beberapa video - kaedah digunakan kurang bersih, termasuklah juga tempat dikhatankan.

Dan tidak seperti di Malaysia, amalan berkhatan di Filipina adalah disebabkan budaya, bukan atas faktor agama. Kaedah digunakan pula ialah kaedah dorsal slit yang biasa dilakukan oleh kebanyakan doktor pelatih klinik kerajaan di Malaysia.

Jadi, diharap fakta ini diperbetulkan oleh beberapa pihak bagi mengelak salah faham Tidak dinafikan muka gadis - gadis Filipina tak ubah seperti muka Melayu @ Indonesia, maka fakta ini disalah ertikan. Harap informasi ini dapat membantu anda semua.

Jariemas.

Thursday, August 23, 2012

Video :Adat berkhatan - Muzium Jelebu

Salam sejahtera,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir batin. Buat para pembaca jangan risau, blog ini masih ada. Saya masih membalas komen-komen dan email dari anda, cuma mungkin bukan musim berkhatan. Betul tak?

Saya nak kongsi video berkhatan yang dibuat oleh pelajar UKM, tentang adat berkhatan yang dianjurkan di Muzium Adat Negeri Sembilan. Saya pernah ke sana, dan ini antara muzium terbaik di Malaysia. Mungkin lokasinya agak tersorok (di Kuala Klawang) menyebabkan ramai yang tak tahu akan kewujudan muzium ini.

Dalam video ini, menerangkan serba ringkas adat berkhatan masyarakat melayu. Cuma kaedah dilakukan secara moden. Mungkin selepas ini, team ini boleh buat kajian atau video mengenai kaedah tradisional pula ( seperti berendam, berarak, upacara suap, dan sebagainya).

Apa-apapun usaha generasi muda dalam menghasilkan video begini, harusnya dipuji.

Saya link kan untuk tatapan anda. Insyaallah, selepas ini akan ada banyak video dikongsi untuk anda semua.

jariemas

Tuesday, March 13, 2012

Kembali menulis

Salam buat para pembaca!

Fuh..sudah lama saya tidak mengemas kini blog ini. Nampak macam usang pula. Apa-apapun terima kasih buat para pembaca. Tak kurang juga ada yang menghantar email, meminta saya menulis. Sedar tak sedar juga ini adalah penulisan pertama saya pada tahun 2012.

Sebenarnya dalam pemikiran saya, banyak yang saya ingin nukilkan disini. Tetapi kekangan masa, dan kemudahan internet membuatkan keinginan itu sedikit terbatut. Tapi saya berbangga blog saya turut menjadi rujukan beberapa pihak yang ingin membuat kajian berkhatan secara tradisional. Untuk makluman umum, saya bukan lah Tok Mudim ya..saya juga tidak dikhatankan dengan mudim. Huhu..jadi saya hanya menggunakan blog ini sebagai medium terbaik dalam berkongsi minat. Siapa tahu, blog ini akan dikekalkan 5-10 tahun akan datang.

Mungkin 5-10 tahun akan datang, kanak-kanak tidak lagi mengenali siapa tok mudim. Mungkin tok mudim pun sudah tidak ada lagi di dunia ini. Jadi blog ini lah dijadikan "muzium" dalam mengekalkan warisan tradisi masyarakat melayu.

Sekali lagi, blog ini dibuat bukanlah bertujuan mengaibkan mana-mana pihak. Atau bercakap mengenai isu berkhatan dari persepsi kesihatan atau agama. Saya suka untuk bercakap dari segi adat dan tradisi. Kajian saya masih terlalu jauh. Terlalu banyak saya ingin teroka, tetapi untuk melakukan itu, saya perlukan masa. Al maklumlah musim berkhatan bukanlah setiap masa.Contohnya budaya berkhatan tradisional di Indonesia. Setiap daerah mempunyai cara tersendiri dalam mengadakan majlis berkhatan. Jika di Filipina pula, lain pula caranya. Begitu juga khatan tradisional di Sabah dan Sarawak. Perkara inilah yang saya lihat satu keunikan tentang amalan yang bermula sejak zaman Nabi Ibrahim lagi.

Oh ya..sekarang sudah mula musim cuti sekolah. Rasanya ada majlis khatan, tapi ia tak lah banyak. Mungkin faktor cuti yang pendek, dan awal tahun. Jadi kepada anak-anak yang akan berkhatan minggu ini, selamat berkhatan!

Baiklah penulisan akan datang menceritakan lebih terperinci mengenai kepelbagaian budaya berkhatan masyarakat dunia dan melayu secara khususnya. Nantikan ia!!

terima kasih.
jariemas

Thursday, October 20, 2011

Berkongsi Ilmu


Salam sejahtera kepada semua pembaca...

Sudah masuk dua bulan saya tidak mengemaskini blog saya. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk pastikan blog ini tidak ditelan arus begitu sahaja...insyaallah. Baiklah..sekarang sudah masuk bulan Oktober 2011..kalau tak salah saya, blog ini secara rasmi sudah 2 tahun ditubuhkan. Memang rasanya macam sekejap sahaja...pejam celik, rupanya dah 2 tahun.

Dikesempatan ini, saya ucapkan terima kasih daun keladi kepada mereka yang datang singgah dan membaca blog ini. Secara kasar, apa yang saya tulis di dalam blog ini adalah dari pandangan saya sendiri. Ia bukanlah hasil tulisan orang profesional ataupun pakar. Jadi, saya hanya tulis berdasarkan apa saya dengar, baca, lihat dan rasa .....

Saya mendapat beberapa email dari rakan-rakan bukan melayu yang ingin mengetahui mengenai berkhatan. Terima kasih. Mungkin ini juga cara terbaik untuk saya memaklumkan kepada rakan-rakan 1 Malaysia yang lain mengenai kelebihan berkhatan. Insyaallah, saya akan cuba tuliskan beberapa artikel ringkas mengenai adat berkhatan, kelebihan dan pandangan saya mengenai berkhatan di dalam bahasa inggeris pula.

Jadi, blog yang saya tuliskan ini bertujuan untuk pendidikan dan rujukan. Mungkin ada yang kurang selesa, tulisan saya sedikit sensitif...tapi saya rasa ramai pembaca di sana sudah maklum..ia hanyalah bertujuan untuk memberikan pendidikan dan informasi kepada umum.

Insyaallah...bulan November dan Disember sudah mula tiba. Jika ada para pembaca yang ingin berkongsi mengenai majlis berkhatan disini...amatlah dialu-alukan.

jariemas84